Monday 24 November 2014

APA ITU CENTRE FOR MUSLIM INTELLECTS (CMI)?


مركز المثقفين المسلمين

Apa itu Centre for Muslim Intellects (CMI)?

CMI merupakan sebuah pusat pengembangan pengajian Islam tradisional dan kontemporari.


Mengapa pentingnya CMI?

CMI adalah inisiatif memberdayakan kembali kelesuan masyarakat muslim khususnya generasi muda.
Generasi baru kaku, cemas dan keliru dalam menghadapi
millennium baru. Pertembungan tamadun, kepelbagaian ras dan
agama, percambahan maklumat dan kepesatan teknologi
menyebabkan anak muda hilang arah tuju.
Oleh itu, demi menjiwai kembali ruhul Quran, Masyarakat
muslim perlu membuka alternatif  baru melalui 3
pendekatan:


1. TRADISI:

Menjadikan tradisi Islam (Turath) sebagai ilmu alat untuk mengkaji dan memahami Al-Quran dan Sunnah
Seterusnya membudayakannya dalam diri dan
masyarakat.

2. KONTEMPORARI:

Menekankan ilmu-ilmu kontemporari sebagai alat untuk
memahami dan memaknai kehidupan kosmopolitan abad ini.


3. INOVATIF DAN KREATIF:

Menggabungkan ilmu Islam tradisi dan kontemporari secara inovatif dan kreatif untuk mengimbangi kehidupan ukhrawi dan duniawi.
   

Siapa yang perlu menyertai CMI?

Terbuka kepada Anak-anak lelaki dan perempuan yang
berumur 13 tahun. (Umur 14 tahun keatas akan
dipertimbangkan).



Bila CMI akan memulakan pengajiannya?

CMI akan mulakan pendaftaran pada 9/12/2014.
Pengajian akan dimulakan pada 6/1/2015. (SELASA)




No comments:

Post a Comment